Jika kita pesakit/penghidap sesuatu penyakit sudah tentu kita akan tercari-cari apa punca dan penyelesaiannya kan? Begitu juga saya sebagai penghidap ekzema sejak dari bayi lagi. Nak tahu lebih lanjut apa itu ekzema, jom baca beberapa info yang saya dapat di bawah ini..
Apa itu ekzema?
Maksud ekzema dikatakan berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud "mendidih".Sesuai dengan istilah yang selalu dikaitkan bahawa ekzema adalah penyakit kulit oleh tindak balas yang sangat sensitif yang menyebabkan seseorang itu mengalami kulit yang bersisik, kering, gatal-gatal, keradangan, pedih bagaikan mendidih dan ada ketika yang menyebabkan kulit berdarah. (semua ni pernah dialami..huhuhu)
Puncanya?
Selalunya ekzema dikaitkan dengan makanan (cth: makanan laut, kekacang). Namun punca persekitaran lain seperti cuaca yang panas menyebabkan kulit menjadi berpeluh dan ketika ini kulit terasa bagaikan pedih dan mengalami keradangan. Apatah lagi dengan perubahan persekitaran (cuaca) seperti peningkatan suhu dan kelembapan
Selain itu, pencemaran alam sekitar, termasuk penggunaan bahan kimia, bahan pencuci, logam dan kosmetik, boleh mendatangkan tindak balas alahan kulit pada pesakit ekzema. (macam saya terpaksa guna sabun khas)
Masalah ini juga dikaitkan dengan genetik dari keturunan (tanya my parents, diorang pun tak tahu dari siapa puncanya, sebab kedua-dua sihat walafiat dari penyakit kulit).
Nota: Tiada ubat khusus untuk boleh menyembuhkan ekzema, namun ia boleh dirawat dan dikawal. Dan pengalaman masa kanak-kanak dulu, doktor sering mengatakan " bila adik sudah kahwin , hilanglah sakit kulit ni"..saya dah pun kahwin.. ada je.huhuhu. jadi apa yang penting...
DOA+USAHA+TAWAKAL+BERFIKIRAN POSITIF= Insya'Allah akan dimakbulkan
013-230 9692 (Stokis: Farizah)
Pembelian secara talian & boleh didapati di:
-Timmy Outlet, No.15A, First Floor, Jalan SPU2, Bandar Saujana Putra
-Asfa Cottage, Lot kedai jamu & produk kesihatan di luar PKNS,
berhadapan dengan tempat letak kereta
0 comments:
Catat Ulasan