Saya adalah
pesakit ekzema sejak dari kecil lagi sehingga lah sekarang umur saya 25 tahun dan melahirkan bayi perempuan yang kini sudah berusia 8 bulan.
Bayi saya turut mengalami masalah sama di mana belakang badannya beruam-ruam.
Tetapi tidaklah seteruk yang saya alami iaitu di bahagian pergelangan tangan dan jari jemari. Pelbagai
kisah yang saya ingin ceritakan. Harap ada yang sudi membaca.
Kisah 1:
Pada mulanya saya menggunakan Baby Hair &
Body Oil Lavender dan disapukan pada badan
bayi saya. Ketika itu, saya lihat muka bayi saya ada gigitan nyamuk dan
menyebabkan kulit menjadi merah. Beberapa minit kemudian, saya lihat kesan merah
beransur hilang dan tidak meninggalkan parut selepas saya menggunakan minyak
tersebut. Masa inilah saya berasa sangat teruja dan cuba pula menyapu di
bahagian badan bayi saya yang beruam . Memang sangat teruja sekali lagi apabila
ruam-ruam di badan mulai kurang.
Kisah 2.
Sebagai
seorang wanita yang bertudung, sudah tentulah penjagaan rambut harus diutamakan.
Saya turut menggunakan Baby Hair & Body Oil Lavender pada rambut saya. Ada
seorang kawan yang menegur dan bertanyakan syampu apa yang saya pakai. Saya katakanlah,
bukan syampu tetapi minyak kelapa. Dia bagaikan tidak percaya kerana terlalu
wangi dia katakan.
Kisah3.
Keradangan
dan gatal-gatal di pergelangan tangan menyebabkan saya kurang yakin berhadapan
dengan orang ramai kerana tangan adalah salah satu organ terpenting dalam
berurusan. Saya takut jika ada orang jijik atau takut. Rasa seperti mahu
memakai sarung tangan je. Sehinggalah saya mencuba Baby Hair & Body Oil
Lavender sebagai losyen. Alhamdulilah .
Ada pengurangan dan penyembuhan kerana saya tahu tiada ubat khusus untuk
pesakit eczema tetapi ia boleh dirawat dan di kawal. Kita hanya berusaha,
tetapi Allah jua penyembuhnya.
Dan kini, saya dan bayi saya telah menggunakan ketiga-tiga produk iaitu Baby Soap, Baby hair & body oil dan juga minuman kesihatan perisa blackurrent untuk mendapat kesan maksima.
Dan kini, saya dan bayi saya telah menggunakan ketiga-tiga produk iaitu Baby Soap, Baby hair & body oil dan juga minuman kesihatan perisa blackurrent untuk mendapat kesan maksima.
2 comments:
Salam kak. Saya pun ada ekzema juga. Tapi berubah2 tempat yg kena ekzema tu. Waktu baby, kat pipi. Bila makin besar, ada kat lengan dgn kaki, dah hilang. Sekarang kat jari2 tangan kanan pulak. Time remaja nak belajar masak ni la dia ada kat tangan. hampeh. huhu. Bagus ke kak minyak yg akak guna tu? Tak ada kesan sampingan kan? Jenuh sy cari macam2 juga nk hilangkn ekzema. Teringin nak cuba produk yg akak guna tu, tapi takut2 juga.
Salam..Masalah syairah sama lah dengan akak.. setiap tahun. lain-lain tempat nya. Insya'allah.. setakat ni.. akak selesa dengan minyak ni. yang best nya.. dia wangi.. bau lavender.. leh jadi minyak wangi juga :)
Catat Ulasan